Selamat menantikan 10 hari yang terakhir Ramadan (Lailatul Qadar)

Salam ukhwah semua kaum muslimin dan muslimat yang tengah menjalani ibadat berpuasa di bulan yang mulia ini.
Maaf pihak kami tidak dapat update kerap kali website ini kerana kesibukan melayan order customer yang bertimbun-timbun, maklumlah puasa kan? mesti buat kerja pun ala-ala trend siput gitu!.

Alhamdulillah, semua pelanggan berpuas hati dengan servis yang kami berikan dan terimakasih juga kerana anda bersabar menunggu baju anda disiapkan.

Untuk penghujung-penghujung dibulan Ramadan ini tempahan yang melebihi 1000pcs kami hold dulu sebab kami nak menghormati dan tak nak ketinggalan 10 hari terakhir ramadan (Lailatul Qadar). kepada yang beragama Islam marilah kita junjung dan menyambut 10 hari terakhir ramadhan dengan jiwa yang tawajuk kepada Allah. Semoga Ramadan kali ini semua dosa-dosa kita diampunkan olehnya.

Tanda Orang menemui Malam Lailatul Qadar
Jika menurut Syeikh Abdul Qadir Jailani, Malaikat akan mengelilingi dunia pada malam Al-Qadar dan mengucapkan slam pada orang yang beriman yang melakukan ibadat. Ulama pula menyatakan pada malam itu kita akan merasakan ada malaikat di sekeliling kita. malaikat masuk kerumah orang yang beriman,kecuali ruha orang yang menyimpan berhala,rumah yang menjadi batu api, orang berkekalan dengan dosa besar dan orang yang durhaka kepada kedua ibu bapa.

Lailatul Qadar adalah ganjaran atau bonus daripada Allah kepada orang-orang yang berbuat amalan pada malam tersebut, ganjarannya sungguh besar
Biarpun tidak ada sesiapa pun yang tahu bila datangnya malam Lailatul Qadar maka di tafsirkan malam tersebut akan datang pada malam ganjil 10 malam terakhir Ramadan.

Seperti Sabda Rasulullah Saw, daripada Aisyah r.a, Maksudnya: “Bersedialah dengan bersungguh-sunguh untuk menemui Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil dalam 10 malam yang terakhir pada bulan Ramadan” ( Hadis Sahih, riwayat Bukhari)

Leave a Reply