Pilihan Raya Bersih adalah yang Myprinting2u mahukan

Kami tidak ketinggalan juga mengikuti perkembangan Pilihan Raya yang ke13 di Malayia yang disifatkan sangit sengit, ini adalah yang pertama kali dalam sejarah Pilihan Raya Malaysia mengalami pengaman yang boleh dikatakan ada sedikit gementar.

Dilaman facebook ramai yang buat post pasal pengundi hantu yang dikatakan muncul di kubu kuat pembangkang. Ramai juga yang disifatkan mereka kebanyakannya warga negara Bangladesh, Indonesia, Myanmar, India dan Nepal. Yang jadi persoalan disini adalah bagaimana mereka boleh mendapatkan IC biru (warga negara).
Siapa yang patut dipersalahkan, Pengundi hantu atau mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan sendiri?

Cukuplah sudah sekian lama rakyat memahami politik di Malaysia ternyata sangat kotor dan dalam masa yang sama penipuan tersebut ternyata boleh menggugat personality parti mereka.

Tapi apa-apa pun marilah kita saksikan malam ini kemana halatuju Malaysia lepas ini, sama ada kekal pada pemimpin yang sama atau akan ada seorang pemimpin yang betul-betul membela hak rakyat.

Bagi kami (Myprinting2u) inginkan kemanan dan perlambagaan undang-undang Islam sebagai teras Negara.

Leave a Reply