Peserta American Idol Pilih Lagu Yuna

Penyanyi bertudung berbakat besar yang sedang mengembangkan bakat di kota New York gembira lagu nyanyiannya “Shine Your Way” dipilih untuk dinyanyikan oleh peserta program realiti American Idol dan menganggap itu adalah peluang yang baik untuk mempromosikan lagi filem The Croods. Lagu tersebut dipersembahkan oleh 10 orang peserta American Idol untuk musim ke-12 pada episod penyingkiran pertama.

Lagu “Shine Your Way” ciptaan Alan Silvestri ini merupakan lagu tema untuk filem The Croods dan turut dinyanyikannya bersama kumpulan Owl City. Yuna ternyata gembira diberi peluang dan kepercayaan untuk terlibat dalam lagu tema filem itu biarpun hanya penglibatan yang hanya sendikit.

“Shine Your Way merupakan lagu ciptaan Alan Silvestri dan dinyanyikan oleh kumpulan Owl City dan menampilkan saya dalam lagu tersebut untuk filem itu, jadi ia sebenarnya bukan lagu saya. Walaupun bahagian saya dalam projek ini sangat kecil, namun saya gembira kerana diberi peluang untuk bergandingan dengan Owl City,” Jelas Yuna.

Yuna yang kini menetap di New York mengakui bahawa lagu tersebut mempunyai kualiti yang bagus untuk menyampaikan mesej positif kepada pendengar. Filem animasi The Croods juga bakal ditayangkan diseluruh dunia bermula 21 Mac ini. MYPRINTING2U: BANGGA DENGAN PENCAPAIAN YUNA SETAKAT HARI INI. TAK MUSTAHIL SUATU HARI NANTI YUNA AKAN BERGELAR SEORANG DATUK DIATAS PENCAPAIANNYA MEMBAWA NAMA MALAYSIA KE PERSADA ANTARABANGSA.

Leave a Reply