Pencerobohan Di Lahad Datu “Tidur Peluk senjata Tunggu Serangan”

Lahat Datu Sabah- Tiada apa yang diharapkan oleh anggota Komando Skuat VAT 69 Polis diraja malaysia selain menyelesaikan krisis pencerobohan kumpulan pengganas Sultan Sulu dikampung Tanduo dekat sini sekali pun jika terpaksa menggadaikan nyawa..
Tampa mahu memikirkan soal kemanusiaan, ada anggota yang sudah tidak sabar menunggu arahan bertindak bagi menggempur kawasan kampung itu yang mendapatkan lebih 100 orang ahli kumplan penceroboh dari selatan Filipina.
Wartawan menjejakkan kaki ke kem Sub-taktikal kawasan itu yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kampung tanduo semalam melihat sendiri pengorbanan besar yang dipikul pasukan itu. Seorang anggota VAT 69 kelahiran perak mengakui,mereka kini memberi fokus sepenuhnya untuk mempertahankan kedaulatan negara. “Kamu mesti tahu kenapa kami ada disini. Dimana ada musuh disitu kami ada. Kami mahu selesaikan semua ini dan kami balik rumah masing-masing,” kata anggota berpangkat koperal yang berusia 40 tahun itu.
Seorang lagi anggota VAT 69 menyifatkan pencerobahan oleh kumpulan pengganas itu sebagai satu kerja bodoh. “mereka manusia yang berhati kering,sanggup buat apa sahaja termasuk berperang. “saya sendiri sudah melihat wajah mereka dan saya hanya menunggu masa untuk bertindak,” jelasnya.
Ditanya rutin harian seorang komando,dia hanya tergelak. “Kerja kami adalah bersiap sedia sepanjang masa,tak perlu fikir soal makan atau tidur. “kalau tidur sekali pun kami peluk senapang” ujarnya.

2 anggota polis cedera ditempak di Samporna

Kuala Lumpur– Satu kejadian tembak menembak berlaku antara polis dengan sebuah kumpulan bersenjata di Pulau Siminul, samporna ,Sabah kira-kira 150 kilometer dari lahad Dato semalam. Kutua Polis negara Tan sri Ismail Omar berkata, polis menerima maklumat bahwa terdapat sekumpulan bersenjata dari Sulu berada di kampung Sri Jaya Siminul.
“Polis memasuki kampung itu untuk melakukan pemeriksaan kira-kira pukul 7.30 malam namun mereka tiba-tiba ditembak “Dua daripada anggota polis cedera akibat terkena tembakan tersebut,”katanya dalam kenyataan menurusi laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia semalam. Menurutnya,pihak polis belum dapat mengesahkan jumlah anggota kumpulan yang terlibat dalam kejadian terbabit,namun ianya tidak lebih dari 10 orang.

Sumber; Kosmo!

Di percayai Kumpulan Penceroboh Sultan Sulu
Tiada lagi rundingan dan pihak keselamatan kini sedang bersiap sedia menggempur lebih 100 anggota kumpulan bersenjata yang berkubu di Kampung Tanduo,sejak 12 Februari lalu
Perkara itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib yang mendapati segala rundingan bersama kumpulan penceroboh terbabit menemui jalan buntu dan bersedia mengambil tindakan termasuk menggunakan kekuatannya bagi menyelesaikan insiden yang berlarutan hampir dua minggu itu.

“Kini kumpulan penceroboh tidak mempunyai pilihan selain keluar dari tempat persembunyian mereka untuk dihantar pulang ke negara asal kerana tempoh pengusiran dan perbincangan berakhir “Keutamaan pasukan keselamatan ketika ini adalah mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat negeri ini daripada diganggu kumpulan penceroboh yang kini mengalami pelbagai masalah termasuk kekurangan bekalan makanan dan sumber bahan api,” katanya Hamza berkata, tiada lagi rundingan dan pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang jika mereka enggan mengikut arahan untuk pulang ke negara asal
“Mereka adalah pendatang dan melanggar kedaulatan serta keselamatan negara
“Kesalahan yang mereka lakukan cukup banyak dan boleh diambil tindakan mengikut Kanun Keseksaan selain kesalahan memasuki negara ini tanpa dokumen,” katanya di Markas Pasukan Gerakan Marin (PGM) Lahad Datu

Terdahulu, Sabtu lalu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilaporkan berkata, kerajaan mengambil keputusan melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh terbabit sehingga Ahad lalu susulan permohonan Manila supaya ia dilanjutkan bagi memastikan proses berkenaan dilakukan secara baik Kerajaan Filipina sebelum itu meminta kerajaan Malaysia memberi pertimbangan untuk melanjutkan tempoh pengusiran sehingga hari ini.
Sementara itu Presiden Filipina, Benigno Aquino III hari ini meminta ketua kumpulan yang mendakwa Kesultanan Sulu yang pengikutnya mencerboh ke Malaysia supaya meninggalkan negara jiran itu seberapa segera Bercakap dalam siaran televisyen tempatan, Aquino mengarahkan Sultan Jamalul Kiram III bahawa pengikutnya perlu meninggalkan Malaysia sebelum keadaan tidak terkawal

Sumber: Info Harian

Leave a Reply