Kos Printing Baju Semakin Meningkat.

Merungkai tentang kenaikan harga barang sememangnya isu yang paling sensitif bagi sesetengah pembeli, apa tidaknya harga kenaikan barang tidak lagi setanding dengan kenaikan pendapatan atau gaji bagi mereka yang bekerja.
Mereka banyak menyalahkan peniaga, kononnya peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati.
Dalam persepsi kali ini banyak tertumpu kesalahan kepada pihak kami yang peniaga, tetapi mereka kena beringat harga kenaikan berpunca daripada pihak pemborong, kami tidak ada cara lain selain daripada menaikkan harga jualan kami,kerana modal yang kemi keluarkan untuk membeli barangan printing sememangnya pada harga kenaikan yang telah ditetapkan oleh pemborong.

2014 adalah tahun yang gelap untuk ekonomi negara, dimana rakyat kena berbelanja lebih untuk menanggung kos kenaikan barangan-barangan tertentu, mungkin harga untuk printing akan meningkat sama juga.

Barangan yang kerap kami order dari Supplier:

  • Dye 
        Ianya ada 4 jenis
  • Imulsion
  • Scraper
  • Kain Mesh
  • Dan Lain, seperti embos dye.
barangan yang kami sebutkan diatas adalah barangan yang kami kena beli dalam seminggu sekali, ianya memerlukan perbelanjaan sekitar RM1,000.
Barangan Yang kami beli setiap Hari:
  • Tshirt 
Harga baju ada sesetengah Supplier sudahpun menaikan harga, seperti Orensport, bermula 1 januari 2014 harga untuk baju Roundneck adalah RM6.00/pcs.
Begitu juga dengan baju yang lain sekurang-kurangnya kenaikan 50sen setiap sehelai.
Banyak lagi Company lain yang akan menaikan harga baju, mungkin lepas ini 4Square akan mengikut jejak yang sama juga.
Biarpun harga baju dan harga barangan naik, Pihak Myprinting2u masih lagi kekal harga printing termurah dalam pasaran Printing baju Malaysia.

Leave a Reply